Kalau mahu menjadi pandai ikutlah cara orang pandai.

Insert Comment »

Tidak dinafikan kaum Yahudi laknatullah merupakan bangsa yang di kutuk Allah SWT. Semua orang tahu bahawa merekalah punca segala-galanya dari semua perkara buruk yang berlaku di dunia ini. Namun apakan daya, kita tidak mampu melawan segala kemungkaran yang mereka lakukan, Manakan tidak dari segala cerita-2 mereka yang termaktub didalam Al-Quran dan setiap individu akan menceritakan perkara yang serupa. Kita semua seolah-olah mengiktiraf bahawa mereka bangsa yang istimewa dianugerahkan olah Tuhan. Saya percaya Tuhan tidak menganugerahkan itu secara cuma-2, Pasti ada sesuatu disebalik keistimewaan mereka yang boleh kita jadikan contoh.

stern_jewish_tours_berlin.jpg

Mereka adalah bangsa yang berjaya didalam perniagaan, teknologi dan setiap sudut ilmu pengetahuan. Keuntungan yang mereka perolehi menjadi senjata bagi setiap kemungkaran yang berlaku di dunia ini. Kemampuan mereka merampas sebuah negara dan mampu menjadikan negara tersebut sebagai negara mereka menunjukkan mereka mempunyai kuasa kebijakan yang hebat. Yang menjadi lebih hebat kuasa-kuasa besar dunia tunduk kepada mereka sehinggakan tidak ada siapa berani menegur apatah lagi menghukum dari melakukan apa yang mereka mahukan. Namun secara kebetulan atau tidak itu bukanlah perkara utama. Yang perlu di beri perhatian disini adalah cara hidup mereka bermula dari mereka dilahirkan sehingga dewasa dan di saat akhir hidup mereka. Saya pernah mendengar dari cerita-2 ramai orang bahawa setiap keistimewaan individu banyak bergantung kepada cara hidup, pengalaman dan paling utama adalah dari segi pemakanan.

Dibawah merupakan artikel yang saya kutip dari e-mail yang dihantar dari teman saya. Penulisnya adalah seorang warga Amerika bernama Dr.Stephen Carr Leon. Walaupun  Bagi saya menjadi kewajipan bagi kita untuk mengembalikan tanah orang Islam Palestin kembali ke tangan mereka. Dengan keadaan sekarang yang amat kucar-kacir, amatlah mustahil untuk orang Islam membantu saudara kita yang malang ini untuk mendapatkan tanah mereka kembali. Jika bercita-cita sekalipun kita terpaksa menempuh masa yang amat panjang sekali. Mungkin bukan dizaman kita tetapi di zaman cucu-cicit kita kelak. Adakah kita mampu melawan mereka? Ya.. itulah soalan yang perlu dipecahkan Fikirkanlah…

Kebetulan dengan penyiaran artikel ini, saya teringat salah satu kepercayaan karut orang Yahudi yang disanggah dan dinafikan oleh Islam, iaitu sesiapa yang menyetubuhi isterinya dari arah belakang boleh menyebabkan mata anak yang akan dilahirkan menjadi juling.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa buah hospital disana, ada beberapa perkara menarik yang saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi dalam segenap bidang seperti engineering, muzik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan. Hampir 70% sector perniagaan di dunia seperti komestik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman dan lain-lain lagi dikuasai oleh kaum Yahudi.

Ketika berada di tahun kedua akhir bulan December 1980, sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California, saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olahan manusia sendiri? Adakah kebijaksaan itu boleh dijana seperti satu proses barangan  di kilang pengeluaran?

Lantaran ini tergerak hati saya membuat tesis Phd disamping melakukan kebaikan untuk umat sejagat untuk hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun. Ia memakan tempoh masa yang agak lama kerana saya perlu mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya. Data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain. Marilah kita mulakan dengan item tentang persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah diketahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama. Saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat selesaikannya. Oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saja saya mampu bantu beliau. Saya bertanya kepadanya, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih dalam kandungan. Saya sedang melatih otak beliau, semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak”. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anaknya itu.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan buah kurma bersama susu dan untuk tengah hari makanan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak dalam kandungan. Ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ia umpama satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang sarat mengandung untuk mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tidak begitu elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian. Begitu juga buah badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi, anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk, letih dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo. Apabila anda diundang makan di rumah Yahudi jangan sekali-kali merokok. Pasti sekali tanpa segan malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan narkotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes Ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri.!!! Perhatian saya selanjutnya ialah semasa melawat tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, Diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever. Dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris. Semenjak awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, Ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.  Dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap (difahami) oleh anak-anak Yahudi. Selain dari pelajaran,  sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang amat diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah).  Disini murid-murid ditekan dengan pelajaran  sains dan mereka digalakkan mencipta produk Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, namun ia tetap diteliti dengan serius. Apatah lagi jika ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dalam bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan. Dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadat mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka. Bagi mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala.  Agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala. Ia dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah kini saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman. Ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung. Galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan. Makanlah makanan elok dan berkhasiat yang baik untuk otak. Menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak. Dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencergaskan otak mereka.  Demikian juga sukan yang memerlukan konsetrasi yang tinggi seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang bodoh dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut (menurun) ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali.  Disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok. Anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ia begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel Maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, di restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri..

Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke zaman Hitler? Bagi saya itu isu politik dan survival,. Yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ia memerlukan perubahan. Dari segi pemakanan dan cara mendididik anak, saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya.  Setelah saya ajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essay sepanjang 5 mukasurat penuh. Essay itu hanya mengenai mengapa saya gemarkan tomato!

Belajar Lagi…

Insert Comment »

Rasanya udah terlambat untuk belajar. Di atas dasar pemikiran “dari tidak ada sama sekali“, Mau tak mau aku terpaksa meneruskan niatku untuk menyambung ilmu demi menghadapi masa depan gemilang, cemerlang dan terbilang. Selain umur mendaki usia, aku tidak pasti bakal tugasan belajar yang ku tempuhi kelak mampu kupikul sebaiknya. Hanya tuhan sahaja aku panjatkan doa. Moga-moga berhasil.

Dengan sedikit bekalan yang ada, Dana hari tua di KWSP terpaksa ku pertaruhkan buat sekian kalinya demi mencari sebuah penghidupan yang kusebutkan diatas. Kalimat ayahku yang berbunyi “Ilmu ibarat permata yang tertanam didalam lumpur. Walaupun hitam dan gelap namun ia tetap menyinar”. Samaada kata-kata hikmah tadi relevan atau tidak, ayat pendek tersebut ku silang kemas dibenakku menjadikan aku tidak perlu berfikir dua kali untuk mendaftar sebagai pelajar tua. Terdetik sedikit penyesalan dikala usia muda ku bazirkan dengan mencari sesuap nasi semata tapi apakan daya, saingan semakin sengit dikala ini. Aku kalah bersaing dalam gelanggang pekerjaan. Pengalaman berbelas tahun kurang mengigit berbanding dengan ‘fresh graduate’ yang semakin membanjiri disetiap industri. Tambah mengejutkan terdapat banyak orang yang sudah memiliki Master dihujung 30an. Sedangkan aku, Degree juga tiada sama sekali walaupun pernah bertungkus lumus dengan pekerja-perkerja profesional. Malah pernah menyadang beberapa tugas yang disandang oleh golongan atasan.

Diera semua benda naik kecuali hujan, “Expected salary” yang ku perkirakan relatif rendah tidak mendapat respon dari syarikat pilihan. Tiada satu panggilan pun buat masa ini setelah berbelas e-mail ku kirimkan. Aku ibarat kelam punca namun yang pasti, lakaran resume seakan ku kurang berseri dengan corakan penghias yang tidak menghidangkan sijil profesional sebagai topang diatas pengalaman yang ku gali selama ini.

Mulai May 2008 ini kehidupan ku akan kembali ke asal seperti layaknya seorang pelajar, Perbezaanya adalah aku sedang memikul sebuah lagi bebanan yang bergelar ‘kuli’. Sepertinya kedua-2 balak besar ini menghempap kaedah pengawal masaku yang semakin pendek hatta suntuk alias tidak menentu. Yang jelas segala hobiku terpaksa dipendekkan dengan memberi laluan khas terhadap pelajaran. Mungkin masa bersama keluarga menerima tempias serupa. Walaupun kaedah online atau distance learning, yang lebih menjurus mesra masa. Namun ibaratnya kakiku seakan terikat di kolej walaupun jasad berada dipejabat atau dirumah.

Dikala ini beberapa artikel penting seperi TIME MANAGEMENT menjadi perhatian ku. Telah berpuluh kali aku praktikannya dan beratus kali jugalah aku melanggarnya. Sesungguhnya tidak mudah mengontrol masa setelah bekeluarga. Ada perkara diluar jangkaan terpaksa ku beresi dahulu. Ditambah dengan komen rakan-2 yang kurang membina menghakis semangatku untuk menyambung pelajaran. Kata-2 seperti, Dah tua pun nak belajar lagi? dan seumpamanya bukanlah asing bagi ku. Tapi.. Persetan itu semua. Aku terpaksa meneruskannya. Tidak ada jalan lain lagi untuk aku bersaing dalam dunia serba kompleks ini.

Bagi sesiapa yang sama dengan ku mengambil langkah serupa marilah kita bersama untuk memajukan diri. Didalam mengejar ilmu tiada istilah ‘terlambat’.

Akulah paling jahat dalam dunia ini..

Insert Comment »

Setelah Arab dilabelkan sebagai pengganas mungkin kita juga akan menerima nasib yang serupa. Baru-baru ini di Britian kita telah di ‘icon’ kan sebagai pengganas dalam rancangan mereka bagi menarik rakyat Union Jack untuk menyertai Komando. Kenapa orang Melayu?. Kenapa secara tiba-2 kita dilabelkan sebagai penjahat didalam advertisement ini?. Tidakkah ini memberikan gambaran buruk terhadap bangsa kita dimata mereka dan dunia.


 

Walaupun mereka telah menarik balik advertisement tersebut tapi niat asal menjadi tanda tanya. Mengapa kita?, Ada banyak lagi yang benar-2 terrorist diluar sana yang membunuh manusia sesuka hati. Kenapa mereka tidak mencontohkan Israel sebagai label pengganas? Ini jelas menunjukkan mereka tidak senang dengan kita. Ada sesuatu yang tersimpan di naluri mereka cuma kali ini mereka meng”expresi”kannya lewat iklan tersebut.

Walaupun apa pun berhatilah-hatilah, mereka mempunyai niat tersembunyi yang sukar digambarkan dengan mata kasar. Contoh yang ada sudah banyak. Orang Barat memburukkan imej bangsa Arab dengan berbagai tomahan dan gelaran. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, bagi mengekalkan kedaulatan Israel merampas tanah Palestine dimata dunia dan memburukkan agama Islam itu sendiri. Tujuan licik ini juga sekarang sudah diguna pakai bagi orang Melayu, cuma versinya sahaja yang berbeza.

Kita semua maklumi bahawa Uncle Sam mempunyai anak angkat yang dahagakan tanah dan ruang. Britian sebagai anjing Uncle Sam, mewakili tuannya membantu merealisasikan impian anak angkatnya untuk memburukkan bangsa Melayu. Langkah awal dan versi yang sama digunakkan untuk bangsa Arab. Mungkin ada langkah seterusnya kelak cuma masa yang menentukkannya. Tunggu dan lihat saja nanti.

Pulau seluas setengah padang bola lesap…

1 comentario »

batu-putih.gifBawalah peta ke Malaysia ke Tanjung Rambutan, tunjukkan lokasi Batu Putih dan cuba tanyakan siapakah yang layak keatasnya?, bukan sahaja orang gila malah semut dan lipannya juga akan memberi jawapan serupa. Tapi itu hanya di atas kertas namun Secara fizikal ia tidak sama sekali. Keluasan batu setengah padang bola bersalut taik putih satu ketika dahulu itu kini sah genggaman Singapura. Walaupun perairan dan pulau kecil lainnya masih berada didalam kedaulatan negara. Tapi ibarat sebatang pohon milik orang di kebun kita. Ketidakselasaan tetap menjadi titik tolak jika ia berada terus didalamnya.

Isu demi isu memenangkan Singapura menjadikan kita marah. Ternyata kini Harimau hampir kecundang dengan Singa. Perancangan memerdekakan Singapura tidak diiringi oleh fikiran dan masa depan terancang membawa padah sebagaimana Sultan Singapura musnah daulat dan dipandang hina oleh Republik Kecil itu. Apa yang nak dikatakan lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Siapa pun akan marah dengan keputusan ICJ. Kita sebagai anak bangsa terpaksa menelan pil pahit atas apa yang diperlakukan oleh orang terdahulu.

Malaysia dan Singapura adalah jiran yang saling mencurigai setelah negara itu keluar dari Kerajaan persekutuan. Tindakan tergesa-gesa Tunku Abdul Rahman yang mengeluarkan Singapura dari Tanah Melayu kini menjadi mala petaka buat anak cucunya. Kesombongan dan kebongkakan Singapura serta terlalu takut dengan bayang-2 sendiri alias buruk sangka terhadap negara disekelilingnya menjadikan kita tidak senang duduk dengan helah mereka yang bersarat jahat. Negara “Town Country” terkesan secara tidak langsung dengan niat mahu merampas tanah Melayu setelah merasakan keluasan wilayahnya semakin mengecut. Kejayaan Israel merampas negara orang tanpa bantahan dunia menjadikan Singapura mahu belajar darinya. Komando dan tentera mereka dilatih kesana dengan tujuan penuh wasangka. Pemilikan alatan ketenteraan kita juga dipertikaikan. Ibaratnya pencuri yang sedang takut dengan pencuri. Mereka merasakan Malaysia membahayakan mereka walaupun sebenarnya mereka takut jika pertahanan kita kuat dan cita-2 mereka gagal untuk merampas tanah Melayu kelak.

Read More »

Sudah Ku duga…

Insert Comment »

Dulu lain sekarang lain - Dulu kata ‘OK’, sekarang dah tak pulak. Patutnya ibu si Nurul berpegang teguh pada janjinya seperti mana yang tertera dalam Harian Metro dimana beliau bakal memaafkan dan menerima suami anaknya yang kini bekerja di Malaysia. Dan sekarang beliau telah berubah fikiran. Dimana janji ibunya dulu?. Saya percaya perbuatan seperti ini mengakibatkan gadis-gadis kita yang ingin pulang mendapat halangan jika ada janji manis sebegini dicemari. Perbuatan tersebut akan mempersulitkan keadan dimasa depan jika ada perkara serupa berulang. Apa yang sempat diberitahu oleh Nurul dahulu terdapat ramai orang Malaysia yang masih berada di pulau tersebut. Mungkin ada yang gembira dan juga memasang niat yang sama seperti Nurul. Namun sikap tidak memegang janji seperti ini akan merumitkan keadaan dimasa mendatang.

Salah Siapa? - Adakah munasabah menyalahkan Yussop semata-mata diatas kejadian ini?. Kalau bukan kerana kerelaan “Nurul” tidak mungkin dia sanggup dilarikan dan melarikan diri. Perasaan cintalah yang membuatkan si Nurul nekad meninggalkan ibu dan negaranya sendiri. Walaupun sedikit menyesal, tetapi dihati kecil beliau siapa yang tahu. Memisahkan mereka secara paksa tetap meninggalkan impak psikologi yang akan mendatangkan kesan walaupun dia tidak menunjukkan perkara yang aneh-2 buat masa ini.

insidepix1.jpg

Gambar diambil News Straits Times…

Pesanan Akhir - Kepada Nurul, selamat pulang ke tanahair. Ingatlah kehidupan sempurna merupakan idaman setiap insan. Belajarlah sesuatu dari peristiwa tersebut, Tidak semua tempat itu sama. Mungkin anda merasakan sememangnya sukar menetap di persekitaran yang sedemikian tetapi tiada masaalah bagi yang sudah biasa.

Hujan emas dinegeri orang hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Apatah lagi hujan batu dinegeri orang.

Nurul dilarikan ke Lombok.

4 comentarios »

Tatkala memilih kedai yang sesuai untuk makan tengahari, moodku seakan tersentak tatkala terpandang foto pasangan pengantin di muka depan Tabloid Metro yang seakan pesta bergantungan disetiap pintu masuk penjual surat khabar dan majalah. Paparan mukadimahnya merupakan sepasang pengantin adat Lombok yang terletak di salah sebuah kepulauan Republik Indonesia. Pakaian yang sama pernah ku gayakan sewaktu melangsungkan perkahwinanku satu ketika dulu. Tajuknya sudah cukup mengenyangkan tatkala aku dilanda kelaparan. Alkisahnya menyebabkan aku sendawa kesyahduan. “Azab Nikah“font bersaiz besar dan tebal merupakan ‘eye catching’ bagi setiap insan yang lalu lalang mencari makanan mengisi perut disini.

Bola matakuku pahat kemas di setiap huruf bercorak didada tabloid itu, Gambarannya cukup jelas walaupun menelaah separuh artikel. Aku merenung sendirian sambil bertanya apakah lelaki ini terfikir apa yang bakal dihadapinya bila jika ada yang membawa masaalah ini ke-tengah kelak? Adakah cinta itu terlalu buta sehingga sanggup melarikan anak dara orang?. dan yang paling pasti, apakah perasaan manusia ini jika anaknya sendiri dilarikan orang?.

Tidak dapat aku bayangkan betapa azabnya kehidupan adik Nurul Wahida Hamzah. Apa yang pilu tatkala terkenangkan kalau-2 perempuan ini hidup dalam garis bulatan para petani yang hidup dalam kedaifan. Aku yang acap ke Lombok sebelumnya terlalu sayu melihat golongan petani yang hidup serba kekurangan walaupun tauke-2 dan peraih sering berulang-alik ke Mekah selain memiliki kenderaan dan rumah mewah. Semakin terkejut apabila mengetahui purata upah per/hari diterima sekitar Rp5000 iaitu RM2.00 sedangkan taukeh-2 mereka menjana keuntungan melampau hasil dari titik peluh mereka. Tidak cukup dengan itu terdapat Along-2 yang dipelopori oleh Hajjah dan Haji mengenakan bunga melampau kepada peminjam-2 dari golongan ini yang cuba mengubah nasib. Jika gagal membuat bayaran, maka bersiap sedialah untuk diusir yang akhirnya tanah dan rumah mereka menjadi mangsa kepada lintah darat berselindung disebalik serban dan jubah.

Berkaitan dari cerita diatas maka lahirlah kelompok malang ini hidup dipayungi kesusahan tidak berpenghujung dan mengharap ehsan bagi yang mahu membantu. Ini bukan cerita rekaan malah datuk sebelah isteriku sendiri meminjamkan setengah tanahnya kepada golongan ini sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Mereka seakan tiada pilihan dan hidup dalam keadaan yang bersesak-sesak, padat, tidak selesa serta sistem kumbahan tidak sempurna. Sehingga ke hari ini belum ada tanda-2 pihak yang mahu membantu.

Satu ketika dulu sehari sebelum hari persandinganku, Aku didatangi seorang Hajah (lintah darat) meminta bantuan agar menukar bahasa handphone Nokianya kepada Bahasa Indonesia. Sambil membuka, membelek dan menekan apa yang patut, aku terpandang ‘warranty sticker’ dari Malaysia, Sah! kataku pasti Hajah ini merampas dari mana-mana peminjamnya. Ini kerana mereka mengenakan riba melampau bagi menjana keuntungan dan merampas harta mereka jika perlu. Motor, HP, barang kemas dan objek berharga lainnya akan menjadi sasaran bagi yang gagal membayar hutang. Bunganya? huh! memang tinggi. Bertambah malang lagi setelah pulang merantau namun tidak mampu membayar hutang, masih banyak para perantau yang gagal membawa impian setelah kembali ke kampung halaman, Kegagalan semakin terasa setelah kehilangan tanah dan tempat berteduh setelah segalanya menjadi milik si lintah darat.

Agar tidak menguris perasaannya dan nada penuh gurau aku sempat bertanya dari manakah beliau mendapatkan HandPhone ini . Dengan selamba dia menjawab. HandPhone ini adalah kepunyaan customernya yang mempunyai masaalah dengan beliau. Isteriku dari belakang sempat mencebik orang ini. Masih banyak masyarakat setempat tidak suka melihat insan yang membina kekayaan ke atas kesusahan orang lain. Apatah lagi mangsanya adalah orang miskin yang memerlukan pembelaan.

Mengenangkan kehidupan yang bakal dilalui oleh adik Nurul aku terus menghubungi bapa mertuaku yang menjawat inspektor polis di bahagian Lombok Tengah. Aku menceritakan segalanya berpandukan apa yang terpapar di Harian Metro. Dengan nada terkejut, beliau merasa terpanggil untuk menjegah gadis tersebut yang diperkirakan telah gagal ditemui oleh pihak Wisma Putra. Dengan menghantar alamat penuh dan URL Harian Metro melalui SMS, Aku mencadangkan beliau untuk mencetak gambar lelaki tadi, Keesokan harinya bersama gambar yang telah dicetak, beliau bersama-sama anggotanya berangkat menuju ke Pejabat Besar Kepolisian di Pulau itu untuk mendapatkan perintah rasmi untuk mencari dan menjejaki perempuan tadi. Beliau merasa amat malu dan kecewa dengan tindakan orang di kampung itu yang mencemarkan nama baik mereka. Tidak sepatutnya adat “merari” (adat orang tempatan iaitu melarikan anak dara orang sebelum berkahwin) diguna pakai di Malaysia. Cukuplah budaya tersebut berada dimasyarakat mereka sahaja..

Nurul didakwa mengikuti kekasihnya, M Yusup, 40, melarikan diri ke Indonesia ketika berusia 17 tahun, sejurus selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bernikah dengan lelaki itu di Dusun Menceh, Desa Gelanggang, Kecamatan Sakra Timur, Kabupaten Lombok Timur, pada 2005. - Harian Metro

Akhirnya objek yang dicari berjaya dikesan, Bapak mertuaku mengunakkan pengalaman diplomatik beliau untuk menghadapi penduduk desa yang rata-2 nekad, stress dan kurang berpendidikan. Setelah itu aku menerima panggilan dari bapa mertuaku jika ada ‘updates’ terbaru dari pihak Malaysia mengenai kisah si Nurul ini. Berdasarkan apa yang tertera di Harian Metro, Ibu angkat si Nurul mahu menerima menantu seadanya jika mereka mahu pulang ke Malaysia. Pihak Polis akhirnya mengalah supaya tidak wujud ketegangan antara anggotanya dan penduduk kampung. Ini berdasarkan wujudnya tanda-2 Ibu angkat si Nurul mahu menggunakan jalan diplomatik dan penduduk kampung yang tidak mahu berkompromi jika gadis itu dipaksa keluar dari desa tersebut. Aku sempat bertanya apakah pekerjaan Nurul? berdasarkan apa yang sempat diceritakan, Nurul tatkala ini sedang aktif menanam bibit tembakau dan itulah penghasilan beliau setakat ini. Bapa mertuaku hampir tidak mengecam beliau kerana pakaiannya seakan-akan orang Lombok Asli. Mungkin sudah lama barangkali disana dan gaya hidupnya agak berubah.

Di sana (Lombok), Nurul terpaksa bekerja sebagai buruh dan minum air telaga. Lebih menyedihkan, apabila diberitahu Nurul sudah melahirkan anak tapi meninggal dunia sebelum usia mencecah satu tahun,” katanya - Harian Metro

Setelah itu aku ditugaskan oleh bapa mertuaku menghubungi sesiapa yang terlibat ke atas pencarian Nurul, Aku cuba menghubungi pihak Wisma Putra namun aku disalurkan kepada pihak Pemuda Umno. Aku diberikan nombor HPnya dan amat malang sekali beliau sendiri juga tidak pasti dan akan menghubungi aku namun tiada jawapan sehingga ke hari ini. Setelah itu aku cuba menghubungi penulis artikel tersebut melalui e-mailnya dan masih tiada balasan. Keesokannya aku menghantar lagi e-mail tersebut tapi kali ini aku ‘CC’kan semua jawatan tertinggi di pihak Harian Metro dan Alhamdullilah, penulis artikel tersebut menghubungi aku dan memberikan nombor HP bapa mertuaku kepadanya, Yang akhirnya aku biarkan pengurusan diantara mereka. Tugas aku berhenti setakat ini dulu. Aku akan menguraikan perkembangan terbaru dari masa ke semasa jika ada kelak.

Moral : Janganlah kita menjadi korban cinta yang mengorbankan segala-galanya demi insan yang kita sayangi. Cinta semata-2 tidak mampu memberi kita makan dan kehidupan sempurna. Berikan sedikit di ruang hati anda untuk memilih insan yang mempunyai masa depan agar anak-cucu kita tidak sengsara di belakang hari.

Latest Updates - Picit Sini

Kelaparan dan mungkin kebuluran.

1 comentario »

Baru-2 ini terdapat banyak negara-2 “dunia ketiga” mengalami sindrom lapar yang pada akhirnya mencetuskan ketidak-seimbangan dalam menuntut agar kenaikan harga makanan diturunkan serta merta. Persoalannya sekarang apakah persediaan kita menghadapi krisis makanan yang melanda dunia baru-2 ini. Kita seharusnya sedar bahawa tiupan “angin lapar” dari negara jiran kita sedikit sebanyak akan melanda negara ini dan kita sebagai penghuninya sudah pasti tidak dapat lari dari cuaca tidak sihat ini. Mungkin kesan itu belum kita rasai sepenuhnya namun hembusannya pasti akan kujung tiba kelak. Secara umumnya fenomena kenaikan harga barangan asas pasti akan memberi efek yang besar selagi tidak ada langkah-langkah dratis yang seharusnya diambil dari badan-2 besar dunia.

1_244230_1_9.jpg

Penunjuk perasaan di Filipina dan tuntutan mereka terhadap penurunan harga makanan ruji dinegara tersebut.

Read More »

Sufiah oh Sufiah, kenapa jadi begini.

55 comentarios »

Ibu-Bapa manakah yang tidak mahu jika anaknya mempunyai anak yang memiliki IQ luar biasa?, Mungkin didalam fikiran kita bahawa anak yang mempunyai IQ luar biasa menjamin masa depan yang cerah dan terjamin. Namun berlainan dengan satu alkisah yang mengejutkan ini. Seorang yang pernah dinobatkan sebagai manusia genius, akhirnya menjunamkan diri ke dunia penuh kegelapan dan noda. Ibunya beketurunan Malaysia (Melayu Johor) dan bapanya berketurunan Pakistan. Dibesarkan di Manchester UK dan pernah mendapat pengiktirafan sebagai anak genius dan melayakkan diri memasuki Oxford University diusia 13 tahun. Keampuhannya dibidang Matematik menjadikan dia terkenal seketika namun segalanya hancur, Ibarat kaca terhempas ke batu.

 

 

shilpa-sufiah1.jpg

Kejutan yang sukar diterima menjadikan kita tertanya-2 adakah mempunyai otak yang begitu genius menjamin masa depan yang cerah dan terjamin?. Pekerjaannya dikala ini membuatkan kita hairan apakah yang menimpa seorang yang pernah dinobatkan diantara sebaris insan genius di dunia. Apatah lagi beliau seorang Muslimah dan berpendidikan Islam yang baik. Mengapa beliau memilih jalan penuh dosa dan kehinaan ini.
Read More »

Uci Aji oh Uci Aji..

2 comentarios »

Panggilan mesra buat nenek yang paling aku sayangi. Bagi yang tahu, panggilan Uci ini adalah panggilan bagi seorang nenek disalah satu bahagian di Natal, Sumatera Indonesia. Maaf,.. aku tidak dapat memastikan asal dan suku yang mengunakkannya namun yang pasti panggilan tersebut akhirnya berhenti setelah pemergian nenda tercinta pulang ke Rahmatullah. Tuhan menjemput beliau setelah hayatnya berakhir dimamah usia.

uci-nur-jaimah.jpg

Secara sedar atau tidak, sudah 10 tahun aku tidak menjenguk beliau dan kali terakhir diwaktu persandinganku dahulu. Sebagai cucunya yang pertama, ibuku beriya benar ingin meraikan persandinganku disana. Sekali lagi aku naik pelamin walaupun aku sudah meraikannya ditanah kelahiran isteriku sebelumnya.

Read More »

Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran.

1 comentario »

“Aduh,… Aku berpijak di Bumi Pembangkang!!” Berdasarkan tajuk diatas, tidak keterlaluan, inilah perkataan yang sesuai ditujukan oleh anggota dan parti Umno yang telah memegang tampok pemerintahan selama 50 tahun. Dalam setengah abad ini kelihatan UMNO semakin kukuh dan mendapat sokongan dari rakyat dan walaupun pada masa yang sama parti seusia beliau telah berkubur seiring zaman.

Selera manusia yang sukar ditentukan masa kini menjadi penyebab yang seharusnya Pak Lah terpaksa mendalami kehendak manusia yang berada di bumi Malaysia ini. Mengaibkan dan perkara semudah ini tidak dapat dibaca oleh BN apatah lagi perkara-2 besar yang ditelanjangi oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kerajaan beliau. Sudah jelas, semuanya sudah didepan mata, Malah parti komponen BN sendiri terpinga-2 kenapa dan mengapa kekalahan dinegeri-2 penting boleh berlaku. Sembang politik dikedai kopi mewarnai desas-desus nasib BN yang semakin meruncing namun ia hanya sebuah sembang kecil untuk di nilai oleh Pak Lah. Walaupun ‘kecil’ kenyataan ini akhirnya tercalit di peti undi. ‘Pak Lah and the gang’ hampir tersungkur dan terpaksa menelan pil pahit. Post-mortem harus dilakukan agar Parti BN tidak beralih kerusi menjadi pembangkang disuatu hari kelak. Masa depan negara sekarang jelas di tangan rakyat. Peti undi lutsinar nampaknya tidak mengasihani BN. Rakyat mulai sedar siapakah yang layak mewakili dan menjadi pemimpin mereka. Sekali lagi BN ditampar dengan cambuk suara rakyat cuma kali ini lebih parah. Merasa selesa menjadi golongan pemerintah akhirnya memakan diri. Ditambah terlalu memberi fokus kepada Kelantan membawa padah kepada 5 negeri yang terlepas tanpa dijangka.

Read More »

Entradas anteriores »
FireStats icon Powered by FireStats